Wednesday, February 25, 2015

Viva Bolt On Turbo Manual

Assalamualaikum..
Masih setia bersama viva bolt on turbo. Kali ini kami masih mengekalkan sistem asal engin tanpa mengubah sebarang kompenen dalaman engin. Degan menggunakan penapis angin K&N, udara yang disedut oleh turbo lebih bersih dan lebih efficient.


Setelah berbincang dengan pemilik, kereta ini menggunakan turbo RHF4 VF13 dari subaru legacy. Turbo ini mampu menjana 160hp pada kadar boost 1.6bar. Internal wastegate dikekalkan bagi  memberi keselesaan pada pemilik untuk pengunaan harian dan jarak jauh. 


 Apabila kuasa melebihi had asal, injector 312cc dipadankan untuk setup ini bagi memastikan engin ini mendapat minyak yang secukupnya dan memudahkan kerja-kerja talaan ECU.


HKS SSQV-1 je.

Ini adalah hasil terakhir sebelum kerja-kerja pemotongan bumper dilakukan.
sekian sahaja untuk artikle hari ini.

Tuesday, February 17, 2015

PROTON WAJA SOHC - BOLT ON TURBO 200WHP

Assalamualaikum...Wbt
Tidak asing lagi dengan artikle Waja Turbo, tpi kali ini lain pula alkisah waja R3 ini.
Proton Waja ini telah dimodifikasikan dengan engin 4G93-SOHC dan penambahan turbo yang agak besar itu turbo td06H-20G yang mampu menghasilkan 350WHP.


Bagi pemilik kenderaan ini, cukup sekadar boost rendah dengan setup high compression turbo ia dapat menghasilkan kuasa yang menakjubkan.

ruang dalam yang luar membolehkan turbo di letakkan diatas bagi memastikan ruang engin yang agak menarik dan sangat ringkas. 


-Turbo TD06H-20G
- Tial MVS Wastegate 38mm
-Works Fuel Regulator
- 410cc Injector
- Exhaust system 2.5inch
- AEM FIC6 ECU management



Friday, February 13, 2015

TECHNICAL - E.C.U Setup Bolt On Turbo

Assalamualaikum...wbt
Dah tiba masanya untuk saya menerangkan tentang kepentingan Engine Management terhadap Engine yang telah diturbokan. Ramai dikalangan kita yang masih tidak percaya tentang kepentingan engine management dan kebanyakkan engine BOT yang tidak memasang engine management selalunya pecah. Sama ada piston cair, piston kecut atau plug pecah. Hal ini kerana AFR LEAN@ ignition advance akan menyebabkan piston cair atau pecah.



Seperti yang kita sedia maklum bahawa ECU NA mempunyai kadar bacaan Tekanan Map Sensor 1 bar iaitu 14.7psi vaccum tanpa tekanan. dan sistem turbo pula akan memberi tekanan pada engine. Oleh yang demikian, Map sensor N.A tidak akan mengesan bacaan tekanan lebih dari 1 bar. iaitu 0.1bar keatas dan hanya membaca nilai vacum bawah 1.0 bar hingga -1.0bar. Apabila ecu mengesan bacaan lebih pada 1 bar iaitu dalam keadaan turbo memberi tekanan pada engine, ECU N.A akan menyekat Minyk keadaan ini dipanggil boost cut @ Fuel Cut. Apabila Fuel Cut berlaku AFR akan menjadi Terlalu lean dalam keadaan inilah piston akan cair,



Apabila situasi ini berlaku, Engine management adalah jawapannya. Engine management akan berfungsi untuk mengawal injector duty cycle, ignition dan MAP. Contoh emgine management yang berada dalam pasaran malaysia adalah :-
- Apexi Safc
- Greddy Emanage
-AEM FIC6
-Haltech
-Links
-ETC


Monday, February 9, 2015

Suzuki Swift Turbo 1.5 (A)

Assalamualaikum...wbt
Salah satu jenama kereta yang tidak asing lagi di Malaysia adalah Suzuki Swift. Kereta ini menjadi idaman ramai wanita kerana bentuk luaran kereta yang kecil dan sporty. Lain pula pemiliknya lelaki menjadikan kereta ini sebagai kereta sukan beliau. Dengan hanya menukar Sport Rim 17 inch, kereta ini terus menjadi perlahan. Beliau telah membuat keputusan dan mempercayai kami untuk menjalankan kerja-kerja penambahan turbo pada Engin asal kereta beliau.


 Inilah rupa asal kereta sebelum melakukan kerja-kerja penambahan turbo.


 Gambar ini adalah rupa engin bay yang sudah dibuat intercooler piping dan sebagainya


kereta ini disuaikan dengan turbo Garrett Ar.80 dari engine nissan SR20DET. Turbine ini boleh dikatakan besar pada engine 1500cc ini dengan setup intercooler dari jenama SARD dan Turbo Ar.80 dan exhaust system 2.5inch. Kereta ini mampu mencecah 200HP tanpa pengubahsuain pada bahagian dalaman engin.


 Works fuel regulator Stage 1 serta Injector 312cc denso dipadankan dengan Fuel Pump Deatsch Werks 255LPH bagi menampung kuasa yang dikeluarkan oleh turbine yang besar AR.80 Garrett.


Ruang dalam yang sangat simple dengan satu meter boost sahaja.



Dyno Tuning - Mitsubishi Lancer Evo 9


 


Dyno Tuning - Satria Neo 4G63T






Saturday, February 7, 2015

ECUFLASH Dyno Tuning - SATRIA NEO 4G63T 293PS

Ramai tidak sangka kereta keluaran proton ini bernadikan Engin 4G63T dari Mitsubishi Lancer Evolution 6 RS. Barang dalam engin ini masih dikekalkan dalam keadaan asal kilang tanpa penukaran camshaft dan piston.
Modifikasi kecil melibatkan penukaran turbo header asal kepada Banana dan penambahan Wastegate dari jenama Turbosmart 38mm. Untuk menaikan tekanan turbo, pemilik ini menggunakan boost controller dari jenama blitz.
 Semasa sesi dyno tuning berlangsung, engin ini mengalami miss firing dimana pembakaran tidak dapat dibakar dengan baik. Dengan itu kami menukarkan Spark Plug dari jenama Nology dan memgukur semula kadar kesesuaian Plug Gap.
 Sebelum Tuning 205.63PS @1.05bar
Selepas Tuning 268.62PS @ 1.00bar
 Result Akhir 293.83PS @1.24bar