Sunday, March 1, 2015

Bolt On Turbo - Alza Fighter 200HP

Assalamualaikum...wbt
Alhamdulillah..masih lagi diberi nyawa untuk mengisi ruang kekosongan dalam blog ini.
Kali ini adalah kereta buatan malaysia iaitu Perodua Alza Manual 1500cc. Bagi pemilik kereta ini, Engin 1500cc ini tidak mampu membawa body sebesar ini. Bagi meyelesaikan masalah kurang pickup. Pemilik kenderaan ini telah bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan turbo.


Untuk memberikan respon turbo yang baik dan cepat, pihak kami memutuskan untuk menggunakan turbo jenis Gt25R Garret. Turbo ini mampu menjana kuasa sebanyak 270hp. Bagi engine 1500cc dengan Compression Ratio 10.5 : 1 turbo ini mampu memberi tekanan awal pada RPM 3500 dan Tekanan penuh pada 4500RPM . Pickup nya sendiri mau ingat la.. Pergh... Mengigil.. Bunyi Mengalahkan Engin besar.ok


Dengan high compression setup, kami menetapkan tekanan turbo pada kadar optimum dan selamat iaitu 0.8bar. Lebihan asap Engine ini dikeluarkan oleh Tial Wastegate 38mm Original. Bunyinya mmg menakutkan apabila wastegate buka. Untuk Setup Exhaust kami memilih Exhaust pipe bersaiz 2.5inch Stainless steel dan digandingkan dengan tabung belakang dari jenama HKS Silent bagi memberikan bunyi yang sangat garang dan cool. 


8 comments:

  1. terbaikk broπŸ‘πŸ‘πŸ‘..berapa kerugian projek mcm ne

    ReplyDelete
  2. anda boleh call sy 0192159946..dtg kedai kita discuss ok...:)

    ReplyDelete
  3. takut nk dtg bengkel tu,bajet x berapa tebal.

    ReplyDelete
  4. Takut nk dtg bengkel bajet nipis..hehe

    ReplyDelete
  5. Kedai kat mane bang

    ReplyDelete
  6. Mohd Ghani.. jgn takut la nak dtg kedai...kita ok jer maaa... :)

    Kedai kat Bandar saujana putra..

    ReplyDelete